LPT1: Laluan KM113, 115 dinaiki air

0
2

LALUAN di Kilometer (KM) 113 dan 115 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1) di antara persimpangan Lanchang ke Temerloh dinaiki air pagi ini.

Menerusi kenyataan, ANIH Berhad berkata susulan kejadian itu kedua-dua hala laluan berkenaan terpaksa ditutup kepada lalu lintas.

“Laluan di KM84.6 sehingga KM84.7 (antara persimpangan Lanchang ke persimpangan Karak) LPT1 menghala Kuantan pula masih ditutup kepada lalu lintas.

“Bagaimanapun laluan di antara Lanchang menghala Kuala Lumpur telah dibuka pada pukul 9 pagi pada 5 Januari 2021,” kata kenyataan itu.

ANIH Berhad berkata, pengguna yang mahu menggunakan laluan terlibat dinasihati supaya menangguhkan perjalanan dan mematuhi arahan petugas di lokasi.

“Maklumat laluan alternatif boleh dirujuk kepada Bilik Gerakan Bencana Jabatan Kerja Raya Pahang di talian 09-5717157.

“Orang ramai boleh juga muat turun aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk maklumat sama.

“Ikuti laman rasmi media sosial ANIH Berhad di Twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi LPT-Line di 09 5479111 atau 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini,” kata kenyataan itu.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here