‘Selamat maju jaya Presiden, saya diberitahu dipecat melalui media’ – Annuar

0
3

SELAMAT maju jaya Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), kata Tan Sri Annuar Musa.

Itu reaksi pertama Ahli Parlimen Ketereh itu kepada Ahmad Zahid selepas dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), hari ini.

Menerusi Twitter, Annuar memuat naik tangkap layar mesej WhatsApp beliau kepada Presiden Umno itu.

Antara kandungan mesej berkenaan Annuar berkata perkara berhubung jawatan digugurkan itu hanya diketahui melalui media.

“Saya diberitahu media saya dipecat sebagai SUA (Setiausaha Agung) BN dan MN (Muafakat Nasional).

“Saya ucapkan ribuan terima kasih atas kesempatan berkhidmat di kedua-dua tersebut sebelum ini.

“Selamat maju jaya DS Presiden,” katanya.

Menerusi ciapan yang sama setakat ini beliau tidak berhasrat untuk memberi komen kerana masih dalam tempoh bertenang.

“Ramai yang minta komen..saya tiada apa komen buat masa ini..Tempoh bertenang,” katanya.

Terdahulu, jawatan Setiauaha Agung BN yang disandang Annuar dilaporkan diserahkan kepada Datuk Seri Ahmad Maslan.

Perkara itu disahkan salah seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.

“Beliau (Annuar) bukan dipecat tetapi diambil alih Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan yang juga jadi Setiausaha Agung bersama MN (Muafakat Nasional),” katanya.

Difahamkan, keputusan itu dibuat dalam pertemuan khas Ketua Bahagian Umno yang akan diadakan di ibu pejabat Umno di Menara Dato’ Onn, hari ini. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here