Annuar Musa bukan lagi Setiausaha Agung BN

0
2

JAWATAN Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang disandang Tan Sri Annuar Musa kini dilaporkan diserah kepada Datuk Seri Ahmad Maslan.

Perkara itu disahkan salah seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno.

“Beliau (Annuar) bukan dipecat tetapi diambil alih Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan yang juga jadi Setiausaha Agung bersama MN (Muafakat Nasional),” katanya.

Difahamkan, keputusan itu dibuat dalam pertemuan khas Ketua Bahagian Umno yang akan diadakan di ibu pejabat Umno di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Menguatkan lagi desas desus berkenaan, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos memuatnaik hantaran di Facebook mengucapkan terima kasih kepada Annuar.

“Alhamdulilah Ds (Datuk Seri) Ahmad Mazlan. SUA (Setiausaha Agong) BN yang baru. Tahniah. TSAM (Tan Sri Annuar Musa) TQVM,” katanya.

Sebelum ini, Pemuda Umno Bahagian Pasir Puteh mengusulkan supaya Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dipecat dari parti berkenaan.

Usul berkenaan dicadangkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Puteh, Muhammad Saifullah Ali ketika mesyuarat perwakilan pergerakan itu.

Menurutnya, parti perlu mengambil tindakan tegas memecat keahlian Annuar selepas Ketua Umno Bahagian Ketereh itu dilihat menjadi tali barut dan jurucakap kepada Bersatu. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here