Jangan ada dusta antara kita – Umno Kluang

0
2

KETUA Umno Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday memberikan tiga syarat untuk parti itu kembali memimpin kerajaan dan politik negara.

Beliau berkata Umno perlu kembali kepada landasan yang asal sebagai parti yang berfahaman sederhana kerana parti itu bukan sahaja mempunyai pengalaman membangunkan negara, tetapi juga perlu meneruskan sikap sentiasa mendengar keluhan serta pandangan rakyat.

“Pertama; pemimpin Umno tidak boleh bertelingkah sesama sendiri, samada kepimpinan peringkat tertinggi, peringkat negeri, bahagian atau cawangan. Umno juga perlu berani berubah dan menonjolkan pemimpin yang berilmu, bijaksana serta berintegriti.

“Kedua; gerak kerja Umno perlu seiring dengan perkembangan pantas dunia kini, khususnya teknologi maklumat yang menyebarkan informasi melalui pelbagai medium media sosial. Umno bukan sahaja perlu bermaklumat, tetapi juga perlu pantas menyalurkannya ke medan sasar.

“Ketiga; Umno perlu membuka ruang kepada anak muda kerana Umno perlu anak muda bukan sekadar tenaganya, tetapi juga menyelami pemikiran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kluang, kelmarin.

Md Jais juga berharap ahli dan pimpinan parti berkenaan tidak lagi bersengeta sesama sendiri dalam memastikan Umno kembali bangkit semula.

“Janganlah bersengketa sesama kita, jangan ada dusta di antara kita, ikhlas adalah pedoman kita dan mudah-mudahan kita bangkit bersama,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here