2 beranak dikhuatiri lemas bot terbalik di Lipis

0
2

DUA beranak dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki untuk pulang ke rumah mereka terbalik di Lipis, Pahang kira-kira 12 tengah hari tadi.

Kedua mangsa yang merupakan ibu dan anak itu dikatakan mahu pulang melihat keadaan rumah mereka yang dinaiki air, lapor Pahang Media.

Mangsa, Rozi Omar, 52, dan Zakirah Ahmad Husin, 19, dari Kampung Bertang, Mukim Ulu Jelai dikhuatiri selepas bot yang dinaiki mereka karam.

Mereka dipercayai menaiki bot bersama Ahmad Husin Mad Aris, 52, dan Nur Aina Ahmad Husin, 23, yang terselamat dalam kejadian tersebut.

Lokasi kejadian itu berhampiran jambatan gantung Kampung Bertang, di Sungai Jelai dengan keadaan paras air tinggi serta berarus deras.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor mengesahkan kejadian tersebut dan operasi mencari sedang dijalankan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here