Nurul Huda Abhar
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan lima kluster baharu dikenal pasti hari ini, manakala jumlah kluster aktif yang masih dipantau adalah 231.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu tersebut melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Melaka iaitu :
- Kluster Jalan Duyong
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 31 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sejumlah 536 individu telah disaring, di mana 110 kes telah dikesan positif Covid-19. - Kluster Pasar Jalan Sentosa
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-118,272) dilaporkan positif pada 3 Januari hasil saringan individu bergejala. Sejumlah 293 individu telah disaring, di mana 61 kes dikesan positif. - Kluster Jalan Nakhoda
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Cheras di Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif bermula pada 28 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sejumlah 99 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif Covid-19. - Kluster Ehsan Ibol
Melibatkan daerah Hulu Perak, Larut, Matang dan Selama di Perak serta daerah Gombak di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-111,642) dilaporkan positif pada 31 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sejumlah 40 individu telah disaring, di mana 22 kes dikesan positif. - Kluster Telok Mas
Melibatkan sebuah pusat tahanan di daerah Melaka Tengah di Melaka. Dua kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114,991 dan ke-114,993) dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Januari hasil saringan individu-individu bergejala. Sejumlah 33 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif Covid-19. – Malaysiapost

