Dah boleh semak i-Sinar

0
2

ORANG ramai boleh menyemak status permohonan skim pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mulai malam ini.

Sebelum ini, KWSP menyatakan status permohanan pencarum bagi kategori pertama sama ada diluluskan atau tidak hanya boleh dibuat pada 4 Januari.

Bagaimanapun semakan Malaysiapost mendapati status berkenaan telah boleh disemak sebentar tadi menerusi pautan https://isinar.kwsp.gov.my/.

Tinjauan di media sosial termasuk Twitter mendapati telah ada individu yang berkongsi berita gembira apabila permohonan mereka telah diluluskan.

Pengguna media sosial berkongsi tangkap layar permohonan i-Sinar yang telah diluluskan

Difahamkan, pemohon kategori kedua pula boleh berbuat menyemak status permohonan mereka mulai 11 Januari.

Pada 2 Disember lalu, KWSP mengumumkan dua kategori ahli KWSP yang layak mengeluarkan wang simpanan Akaun 1 menerusi skim i-Sinar.

Kategori pertama yang layak adalah ahli KWSP yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri dan bekerja dalam sektor ekonomi gig serta ahli yang sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kategori kedua pula adalah untuk ahli KWSP yang masih bekerja, tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here