Isteri selamat, suami hanyut bersama kereta

0
2

SEORANG lelaki dilaporkan hanyut bersama keretanya ketika meredah arus banjir di Jalan Kluang-Kahang berhampiran Batu 18 di Kluang malam tadi.

Dalam kejadian jam 8 malam, mangsa bersama isterinya dikatakan cuba melalui jalan tersebut yang digenangi banjir.

Bagaimanapun isterinya sempat turun dari kenderaan tersebut untuk menyelamatkan diri, lapor Sinar Harian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kluang, Penolong Penguasa Bomba Akob Sedek berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan, pihaknya menghantar sembilan anggota ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi Pasukan Keluar Operasi (PKO) melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tersebut namun tidak berhasil atas faktor keselamatan dan keadaan air terlalu dalam serta cuaca gelap.

“Pagi ini operasi SAR diteruskan dengan menggunakan sebuah bot untuk menyusuri tali air yang dilaporkan lokasi lelaki berkenaan dihanyutkan,” katanya ketika.

Akob berkata, operasi masih diteruskan oleh 15 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kluang bersama sebuah jentera dan bot namun setakat ini mangsa belum ditemui.- Malaysiapost

Foto Kredit: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here