Enam mangsa Triso selamat dikebumi petang tadi

0
2

JENAZAH Siti Aishah Abdullah, 36, yang terkorban dalam tragedi kenderaan pacuan empat roda terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di Pangkalan Feri Triso, Sebuyau semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hulu di sini pada 6.22 petang tadi.

Memetik laporan Bernama, selain suaminya Mohamad Hamzah Razali, pengebumian jenazah Allahyarham turut dihadiri kaum keluarga dan sahabat handai mereka yang menyedari pasangan itu juga kehilangan lima anak termasuk bayi lelaki yang baru berusia empat bulan.

Jenazah Siti Aishah bersama lima anaknya iaitu Nor Shuhada Mohamad Hamzah, 16 (perempuan); Khairunnisa, 14 (perempuan); Mohd Aiman, 7; Muhd Mustaqim, 5 serta dan Mohd Ahmad, 4 bulan sebelum itu disembahyangkan di Masjid Bandar Sri Aman sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Turut terkorban dalam tragedi itu ialah adik Siti Aishah iaitu Lorna Ting, 33, serta dua anaknya, Alvin Phang, 12 dan Wallace Phang, 7.

Difahamkan mayat Lorna serta dua anaknya itu akan dibawa pulang ke Sibu malam ini sejurus selesai proses bedah siasat di Hospital Sri -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here