Ayda Jebat sah bergelar isteri Nabil Mahir

0
2

DENGAN sekali lafaz, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, 29, selamat bergelar isteri kepada pengacara, Nabil Mahir, 33, dalam satu majlis sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI), Rozimi Zamri kira-kira jam 3.30 petang.

Pernikahan itu disaksikan bapa pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan abang ipar kepada Nabil, Wan Jean Basri Wan Othman.

Pada majlis yang mengikut norma baharu itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas.

Namun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Penyanyi dengan nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkata, beliau bersyukur majlis berjalan lancar dengan keutamaan untuk menyempurnakan perkara wajib dahulu.

Nabil atau nama penuhnya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir melamar Ayda selepas mereka menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.

Pasangan romantis ini mencuri tumpuan apabila melangsungkan majlis pertunangan dan disiarkan secara dalam talian pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here