Nilam Oshman
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) mengenal pasti tiga kluster baharu Covid-19 dikenal pasti membabitkan Pulau Pinang, Johor, Pahang dan Selangor.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat penambahan tiga kluster baharu iaitu Kluster Rawa Akasia.
“Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang, di mana 117 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster berkenaan.
“Kluster Jalan Perindustrian pula adalah kluster tempat kerja melibatkan daerah Kulai di Johor.
“Kes indeks bagi kluster ini, iaitu kes ke-106,412 telah dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja, di mana 20 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, bagi Kluster Rantau Semarak melibatkan daerah Maran di Pahang dan daerah Gombak di Selangor, dengan 18 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster itu.
Menurut Dr Noor Hisham, terdapat empat kluster ditamatkan hari ini iaitu Kluster Bukit Dalam, Kluster Chengal, Kluster Penjara Reman dan Kluster Avenue.
“Ia menjadikan keseluruhan kluster tamat setakat ini adalah 290,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini terdapat 514 kluster dilaporkan, menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah 224.
“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 kluster melaporkan pertambahan kes.
“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Metropolis (153 kes), Kluster Rawa Akasia (110 kes) dan Kluster Tapak Bina Residen (91 kes),” katanya. – Malaysiapost

