PA Neelofa dah ‘jumpa’ Syamira Safiya

0
3

NADIAH Khairuddin, pembantu peribadi (PA) Neelofa sudah berhubung dengan individu dipercayai memuat naik paparan skrin WhatsApp yang tular membabitkan selebriti popular itu dan PU Riz baru-baru ini.

Nadiah berkata, dia sudah menyerahkan wanita dikenali Syamira Safiya itu kepada peguam untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini Nadiah dilaporkan mencari Syamira Safiya yang dipercayai melemparkan tuduhan tidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz.

“Selepas saya memuat naik wajah serta memintanya untuk tampil, akhirnya wanita itu menghubungi saya secara peribadi di media sosial selepas tiga jam ia dimuat naik.

“Sebagai pembantu Neelofa, saya sudah meminta dia untuk berurusan dengan wakil peguam saya. Ini kerana, menerusi paparan skrin terbabit dia secara tidak langsung mengaitkan nama saya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Nadiah berkata dia tidak mengenali wanita tersebut, apatah lagi pernah bertemu serta tidak mempunyai sebarang kaitan termasuk atas hubungan saudara mahupun rakan.

“Cuma apa yang penting, saya hanya mahu membersihkan nama daripada terpalit dengan konflik membabitkan majikan dan PU Riz,” katanya.

Nadiah menerusi Instagram Story miliknya, memuat naik foto dan meminta info orang ramai supaya tampil membantu mengesan wanita itu.

Sebelum ini, satu akaun Twitter dengan nama Syamirasafiya02 memuat naik paparan skrin mesej perbualan menceritakan kononnya Neelofa terkena minyak pengasih dan kini berubat.

Menerusi perbualan itu juga, mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu memasukkan sejumlah wang ke akaun PU Riz atas tujuan tertentu, selain mendakwa pasangan itu sudah berkahwin di Kelantan.

Bagaimanapun Neelofa menolak tuduhan tersebut yang dianggap menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya.

Kisah hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan selepas adik-beradik usahawan itu berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here