Remaja 17 tahun antara gangster ditahan

0
2

SERAMAI 15 gengster termasuk seorang pelajar tingkatan lima ditahan polis dalam rusuhan melibatkan dua kumpulan samseng berhampiran sebuah kedai makan di Pandan Indah, Ampang Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, lima suspek yang cedera di kepala dan badan dalam kejadian itu mendapat rawatan sebagai pesakit luar manakala seorang lagi dirawat di Hospital Ampang.

Katanya, tangkapan itu dibuat kira-kira jam 10.30 malam ketika pasukan polis terserempak sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan disyaki terlibat dalam pergaduhan.

Berdasarkan siasatan awal, beliau berkata, punca pergaduhan itu dipercayai akibat perebutan kawasan antara dua kumpulan gengster.

“Kita masih lagi mengesan beberapa suspek yang masih bebas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, pemeriksaan awal mendapati empat daripada suspek itu mempunyai rekod jenayah melibatkan kes curi dan merusuh manakala seorang daripadanya pernah ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah.

“Mereka dipercayai menggunakan topi keladar dan kayu,” ujarnya.

Beliau berkata, kesemua suspek berusia 17 hingga 35 tahun itu kini direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksan kerana merusuh. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here