Persatuan penduduk dakwa tak kenal Asri Janggut

0
4

Muhammad Mustakim Ramli

Persatuan Keharmonian Penduduk Bandar Baru Sungai Buloh mengakui kurang pasti sama ada ‘Asri Janggut’ iaitu individu yang mendakwa berlaku kegiatan perjudian di Sungai Buloh adalah penduduk kawasan itu.

Pengerusinya, Kapten (B) Abu Hassan Mistari, berkata sepanjang lebih 30 tahun tinggal di kawasan itu dia tidak pernah mengenali lelaki berkenaan.

“Lebih 30 tahun tinggal di sini, sembilan tahun menjadi pengerusi…saya tidak jumpa, tengok dan mengenalinya sama ada benar dia penduduk sini seperti didakwa.

“Kalau dia orang Sungai Buloh, di mana dia dilahirkan atau di mana dia tinggal. Kita juga mahu mengenalinya dengan lebih dekat,” katanya ketika ditemui di Bandar Baru Sungai Buloh hari ini.

Kapt (B) Abu Hassan Mistari, 60,
Pengerusi Persatuan Keharmonian Pendududk Bandar Baru Sungai Buloh.

Abu Hassan berkata, sebelum ini beliau memang berhasrat berjumpa lelaki itu selepas pihaknya ada menerima pelbagai aduan berhubung perniagaan Asri.

Perkara yang sama turut diakui Majlis Perwakilan Penduduk Bandar Baru Sungai Buloh, Tarmidzi Mois, 58 iaitu tidak mengenali Asri.

“Kita hanya mengenalinya melalui aduan penduduk iaitu perniagaannya tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita nak jumpa tetapi dia tidak pernah ada cuma pekerjanya sahaja yang ada,” katanya.

Tapak perniagaan Hot Burger di Bandar Baru Sungai Buloh.

Sementara itu, Abu Hassan ketika ditanya adakah benar belaku kegiatan judi kawasan berkenaan tidak menafikan ia wujud.

“Berapa banyak saya tidak tahu tetapi pihak berkuasa memang ada menjalankan operasi di kawasan ini,” katanya