Saya sanggup tergolek kalau tindakan segera boleh diambil – Rara

0
3

Nurul Huda Abhar

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman mengutarakan masalah kerosakan jalan di kawasannya yang tidak mendapat tumpuan pihak berwajib.

Ini susulan kemalangan menimpa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin semalam yang mendapat perhatian segera Jabatan Kerja Raya (JKR).

Young Syefura atau Rara memberitahu aduan mengenai masalah jalan di Bukit Tinggi, Bentong telah dibuat sejak lima bulan lalu.

“Contoh aduan pasal keadaan penutup longkang yang teruk akan membahayakan penduduk. Alasan JKR peruntukan dah minta tapi belum dapat.

“Pokok pun dah naik tinggi. Dah empat lima bulan keadaan macam ni. Boleh @JKRMalaysia bantu saya?,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Menurut Rara, jalan tersebut adalah kegunaan utama penduduk di kawasan itu, dan menyatakan beliau sanggup untuk jatuh tergolek jika itu akan membuatkan tindakan membaik pulih dilakukan segera.

“Padahal jalan Bukit Tinggi tu memang kegunaan utama penduduk sekitar. Nak tunggu sesuatu yang buruk berlaku baru ambil tindakan”

“Kalau macam tu saya sangguplah tergolek kalau tindakan segera boleh diambil selepas itu,” tulisnya lagi.

Semalam, JKR memohon maaf atas kejadian yang menimpa Khairy yang dipercayai jatuh akibat terlanggar lubang jalan ketika aktiviti berbasikal.

Kesan dari kemalangan berkenaan, beliau mengalami kecederaan dan lebam di bahagian wajah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here