Terima kasih JKR, tetapi bagaimana dengan lubang yang lain? – KJ

0
2

MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menghargai respon segera Jabatan Kerja Raya (JKR) membaiki lubang di jalan raya yang menyebabkan beliau terjatuh ketika berbasikal semalam.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Rembau itu berharap tindakan pantas juga dapat diambil terhadap jalan-jalan lain yang berlubang kerana ia membahayakan orang ramai.

Susulan kejadian itu, Khairy terpaksa bermalam di hospital dan menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) walaupun dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.

Ciapan Khairy berhubung kejadian itu mendapat balasan daripada JKR Kuala Langat yang meminta maaf atas apa yang berlaku.

Khairy berkata pihak berwajib perlu menjaga jalan raya dengan standard yang tinggi untuk semua orang, bukan hanya menteri.

Beliau mengakui jalan berlubang menimbulkan risiko yang sangat teruk bagi penunggang motosikal yang berusaha mengelak dari terlanggarnya.

“Pasti ada sistem yang lebih baik untuk memantau dan memperbaiki lubang ini kerana tidak hanya menyebabkan kerosakan di jalan, tetapi berpotensi membahayakan nyawa orang,” katanya seperti dilaporkan The Vibes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here