Ejen Ali, Dr Noor Hisham kini trending di YouTube

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

BARU memasuki hari ketiga menemui penonton, filem pendek Ejen Ali Misi: Juang kini trending di YouTube.

Setakat 10.30 pagi tadi, filem berdurasi 3.21 minit yang dimuat naik pada 9.45 malam 25 Disember itu kini sudah ditonton lebih 2.1 juta.

Filem yang memberi penghormatan dan penghargaan buat petugas barisan hadapan itu menariknya turut menampilkan watak Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Animasi pendek hasil Primeworks Studios dan Wau Animation itu padat dengan mesej untuk penontonnya. Ia Dapat dilihat setiap karakter memakai pelitup muka selain watak ‘jahat’ di dalam animasi itu turut sama berganding bahu melawan ‘raksasa jahat’.

Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation, Muhammad Usamah Zaid Yasin, sebelum ini dilaporkan berkata jalan cerita yang disampaikan menerusi filem pendek ini berkisar mengenai isu semasa ketika dunia dilanda pandemik Covid-19.

“Sekarang, kita masih berperang dengan Covid-19. Jadi, saya terfikir untuk tampilkannya dalam bentuk visual dan persembahkan cabaran yang kita hadapi.

“Pada masa sama, karya ini juga adalah hadiah dan tanda pernghargaan buat petugas barisan hadapan,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here