Covid-19: Sekatan perjalanan masih dijalankan ke atas 23 negara – Noor Hisham

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

KERAJAAN masih kekalkan sekatan perjalanan ke negara ini untuk 23 negara termasuk United Kingdom (UK) sejak 7 September lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Katanya, sekatan turut dikenakan terhadap Amerika Syarikat, Brazil, Peru, Colombia, Mexico Argentina, Chile, Iran, Iraq, India, Bangladesh dan Pakistan.

Selain itu, Arab Saudi, Aftika Selatan, Filipina Indonesia, Perancis, Turki, Itali, Jerman, Russia dan Sepanyol turut dikenakan sekatan ke negara ini.

“Ia susulan mutasi spike protein VUI 202012/01 pemantauan, ujian Covid-19 dan kuarantin akan diperketatkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.

Sebelum ini, media melaporkan lebih 40 negara menggantung perjalanan dari Britain bagi mengekang penularan pantas varian baharu Covid-19.

Antara negara yang berbuat demikian adalah Scotland, yang bertindak menutup sempadannya dengan UK.

Malah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau dan menjalankan saringan ke atas rakyat Malaysia yang pulang dari UK untuk memastikan mereka bebas daripada Covid-19.

Jika didapati bergejala, individu terbabit akan menjalani ujian saringan dan dipantau untuk tempoh 10 hari.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here