KJ jatuh basikal, JKR mohon maaf

0
2

JABATAN Kerja Raya (JKR) hari ini memohon maaf di atas kejadian yang menimpa Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin.

Menerusi twitter @JKRKualaLangat memaklumkan Menteri Kerja Raya akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mereka turut mendoakan Ahli Parlimen Rembau itu kembali sihat.

“JKR Kuala Langat memohon maaf ke atas kejadian yang menimpa YB. Menteri akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh,” tulisnya.

Khairy dipercayai jatuh akibat terlanggar lubang jalan ketika aktiviti berbasikal hari ini.

Kesan dari kemalangan berkenaan, beliau mengalami kecederaan dan lebam di bahagian wajah. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here