MP BN wajar tolak kerajaan PN – Zamil Ibrahim

0
2

AHLI Parlimen dari Barisan Nasional (BN) wajar menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini, kata bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim.

Menurut Zamil, beberapa ahli parlimen BN boleh melakukan perkara itu dan menyerahkan kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baharu.

“Saya ingin memohon dan merayu kepada beberapa Ahli Parlimen dari BN.. tidak ramai.. lima atau enam Ahli Parlimen BN, tolong sahut cabaran Tengku Razaleigh Razali.. tolong sahut cabaran Puad Zarkashi.

“Tarik balik sokongan kalian kepada kerajaan ‘tebuk atap’ ini… Kerajaan Perikatan Nasional ini…

“Kita serah balik kepada rakyat.. bagi mandat balik kepada rakyat agar memilih satu kerajaan yang betul-betul stabil.. yang boleh menjaga rakyat dan situasi Covid-19 yang melanda negara ini

“Kerajaan ini kerajaan yang gagal! Serah balik kepada mandat rakyat namun ambil balik mandat rakyat terutama sekali di kalangan pemimpin-pemimpin BN,” katanya menerusi hantaran video di Facebook.

Berikutan itu, beliau merayu kepada beberapa Ahli Parlimen daripada BN membuat satu sidang media untuk menarik balik sokongan terhadap PN.

Zamil menjelaskan beliau yakin kerajaan PN akan tumbang sekiranya ada ahli parlimen BN yang berani berbuat demikian.

Beliau berkata, seluruh rakyat Malaysia tahu kerajaan kini cuma ada 111 sokongan Ahli Parlimen.

“Jika lima keluar tinggal 106 (Ahli Parlimen) makna kata kerajaan ini jatuh.

“Untuk itu, saya menyeru Ahli-ahli Parlimen BN lakukan tugas murni ini

Zamil juga berkata beliau yakin majoriti rakyat Malaysia akan bersama BN kerana melihat perjuangan parti itu dalam isu rakyat mutakhir ini seperti moratorium dan KWSP.

“Tolong lakukan segera.. tarik balik sokongan kalian kepada kerajaan ini,” tegasnya.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyarankan agar ahli parlimen BN menarik balik sokongan terhadap PN. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here