KJ jatuh basikal langgar lubang

0
3

MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipercayai jatuh akibat terlanggar lubang jalan ketika aktiviti berbasikal, hari ini.

Menerusi foto yang dikongsikan Ahli Parlimen Rembau itu di laman sosial Twitternya, menunjukkan wajahnya yang lebam dan cedera akibat kemalangan tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Akhbarnya, Raja Syahrir Raja Abu Bakar turut memaklumkan perkara berkenaan di Twitter.

Beliau memaklumkan Khairy hanya mengalami kecederaan kecil dan mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang mengambil berat.

“Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah @khairykj hanya alami kecederaan kecil dan tiada yang serius,” tulisnya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here