Semua PPS di Kelantan ditutup

0
2

GELOMBANG kedua banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Pasir Mas yang dibuka sejak 18 Disember lalu ditutup, hari ini

Pegawai Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz berkata, PPS di Sekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh, menempatkan 33 orang daripada enam keluarga ditutup pada 2 petang hari ini.

“Alhamdulillah, keadaan cuaca dilihat semakin bertambah baik, selain air di kediaman mereka yang terbabit juga sudah surut dan selamat untuk pulang ke rumah masing-masing,” katanya ketika seperti dilaporkan Bernama.

Sementara itu, menurut laporan infobanjir.water.gov.my sehingga 3 petang ini, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan bacaan 8.08 meter (m), melebihi sedikit paras amaran iaitu 8m, namun menunjukkan trend menurun.

Dalam pada itu, paras air Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat, kekal merekodkan bacaan melebihi paras amaran iaitu 2.48m (amaran 2.15m). -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here