Agong sertai aktiviti pemburuan ‘houbara bustard’ dengan Putera Mahkota Abu Dhabi

0
3

Nurul Huda Abhar

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sememangnya gemar melakukan aktiviti sukan, di samping selalu mencemar duli menyertai misi bantuan masyarakat.

Sempena lawatan lima hari baginda ke Abu Dhabi, Al-Sultan Abdullah berkenan menyertai aktiviti pemburuan ‘houbara bustard’ dengan mengunakan burung falcon bersama Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.

Aktiviti pemburuan itu berlangsung di ladang Sheikh Mohamed Zayed di bahagian barat, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Istana Negara, Al-Sultan Abdullah menyertai aktiviti pemburuan tersebut dengan menaiki kereta yang dipandu sendiri oleh Sheikh Mohamed merentasi padang pasir.

“Aktiviti ini adalah salah satu acara dalam lawatan khas lima hari Seri Paduka Baginda ke Abu Dhabi yang berakhir semalam.

“Lawatan khas ini adalah di atas persilaan Sheikh Mohamed yang juga merupakan rakan akrab Seri Paduka Baginda yang telah terjalin sejak lebih 40 tahun yang lalu,” tulisnya.

Terdahulu, media melaporkan Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa puas hati terhadap lawatan selama lima hari yang dibuat atas jemputan Sheikh Mohamed Zayed ke Abu Dhabi.

Seri Paduka turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sheikh Mohamed Zayed dan kerajaan UAE di atas layanan yang amat istimewa yang diberikan sepanjang lawatan khas itu, termasuk menanggung semua kos logistik Baginda dan delegasi. –Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here