Boleh naik feri Pulau Pinang percuma selama 2 minggu mulai 1 Januari ini

0
2

PERKHIDMATAN feri adalah antara tarikan bagi pengunjung di Pulau Pinang, selain menjadi laluan penghubung antara pulau ke Seberang Perai yang begitu sinonim dengan penduduk negeri itu.

Sehubungan itu, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) menawarkan tambang percuma selama dua minggu buat penumpang pejalan kaki yang menggunakan perkhidmatan feri.

Menurut PPSB, tawaran tambang percuma itu boleh dinikmati oleh pengguna bermula 1 hingga 14 Januari tahun hadapan.

“Berdasarkan hasil perbincangan bersama dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, PPSB akan memberikan tambang feri percuma untuk penumpang pejalan kaki selama dua minggu bermula

“1 Januari 2021 hingga 14 Januari 2021″ katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

PPSB memaklumkan, pihaknya komited menyediakan perkhidmatan dan kemudahan feri yang boleh dipercayai untuk kegunaan orang ramai.

Bermula 1 Januari tahun hadapan PPSB akan menyediakan perkhidmatan feri untuk membawa motosikal dan basikal selain daripada penumpang pejalan kaki.

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) sebelum ini mengumumkan bermula 1 Januari depan, bot penumpang laju akan menggantikan perkhidmatan feri bagi menghubungkan penumpang antara bahagian pulau dan Seberang Perai.

Feri sedia ada juga hanya digunakan sebagai medium pengangkutan kepada pengguna basikal dan motosikal bermula tarikh sama sekali gus berakhirnya perkhidmatan feri untuk kenderaan empat roda di negeri itu. –Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here