4 lagi kluster baharu dikesan hari ini

0
2
3D illustration

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan empat lagi kluster baharu berkaitan Covid-19 dikenal pasti di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama dikenali sebagai Kluster Cassia Diamond membabitkan daerah Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Gombak di Selangor serta daerah Barat Daya di Pulau Pinang.

“Kluster kedua pula dikenali sebagai Kluster Pompod membabitkan daerah Kota Belud dan Kudat di Sabah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, kes indeks bagi kluster kedua dikesan positif pada 13 Disember lalu menerusi saringan individu bergejala.

“Sehingga hari ini, seramai 216 individu disaring, 19 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

“Kluster ketiga pdikenali sebagai Kluster Tapak Bina Kiara. Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 21 Disember lalu melalui saringan bersasar di tapak binaan dan sehingga kini seramai 372 individu sudah disaring dan 13 kes pula dikesan positif Covid-19,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kluster keempat dikenal pasti sebagai Kluster Tapak Bina Perkasa iaitu kluster tempat kerja di daerah Cheras, Kuala Lumpur.

“Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 22 Disember melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.

“Sehingga 25 Disember, seramai 451 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here