Nurul Huda Abhar
POLIS menahan 246 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan daripada jumlah itu 236 telah dikenakan kompaun manakala 10 direman.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (91), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, (84), tidak memakai pelitup muka (44), gagal mematuhi penjarakn fizikal (23) dan lain-lain (4).
“Semalam, Operasi Benteng berjaya menahan 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua tekong serta merampas lapan buah kenderaan darat.
“Sebanyak 112 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Aksem, Rela,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus. –Malaysiapost

