‘Baby boy’ Siti Nurhaliza kembar Aafiyah

0
2

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini sedang hamil lima bulan mendedahkan bakal cahaya mata keduanya kini adalah kembar kepada Siti Aafiyah.

Menerusi perkongsian Siti di sebuah program radio tempatan baru-baru ini, beliau menyatakan embrio kandungan keduanya ini terhasil pada hari dan waktu yang sama dengan Aafiyah.

“Sebenarnya saya lalui rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) dan ada peringkat-peringkat yang perlu dilalui.

“Jadi sebenarnya anak lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah yang terhasil pada waktu dan hari yang sama,” katanya.

Namun begitu, Siti menjelaskan bahawa doktor menasihatkan agar tidak memasukkan dua embrio dalam satu masa ketika percubaan untuk mendapatkan Aafiyah.

“Jadi Aafiyah masuk dulu dan kemudian baru masukkan yang ini (anak kedua),” ujarnya lagi.

Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sebelum ini mengumumkan bakal menimang bayi lelaki untuk cahaya mata kedua mereka.

Berita berkenaan dikongsi ketika siaran langsung bersama aplikasi beli belah Shopee pada 12 Disember lalu.

Pernah mengalami keguguran pada 2015, Siti kemudiannya berkongsi khabar gembira tentang kehamilannya dua tahun kemudian.

Hasil perkongsian hidup bersama Khalid, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah yang berusia 2 tahun lebih. –Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here