Patah tangan tersepit pintu lif

0
2

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun patah tangan kiri selepas tersepit pintu lif di Kondominium Bandar Sri Permaisuri, Cheras, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 6.30 petang.

Komander Operasi Kanan JBPM Kuala Lumpur, Zulkifly Ramli berkata, pasukan operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan lapan anggota bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, setibanya jentera di lokasi, terdapat seorang kanak-kanak perempuan tersepit di pintu lif dan mengalami patah tangan kiri, lapor Harian Metro.

“Anggota bomba bertindak mengumpil pintu lif tersebut menggunakan peralatan ‘Rescue Spreader’ dan menghantar mangsa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk rawatan.

“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.59 petang,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here