Rai Hari Krismas dengan norma baharu – PM

0
2

PUTRAJAYA, 4 Mei -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan ketika menyertai Sidang Kemuncak Secara Dalam Talian Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) Berhubung COVID-19 yang berlangsung menerusi persidangan video di Bangunan Perdana Putra hari ini. Persidangan dipengerusikan oleh Presiden Republik Azerbaijan, Ilham Aliyev merangkap Pengerusi NAM bagi penggal 2019-2022. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA PUTRAJAYA, May 4 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin deliver his speech during the Online Summit Level Meeting of the Non-Aligned Movement (NAM) Contact Group in Response to COVID-19 at Perdana Putra today. Meeting chaired by Azerbaijan President Ilham Aliyev, the NAM chairman for the 2019-2022 term. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHT RESERVED

TAN Sri Muhyiddin Yassin meminta orang ramai meraikan sambutan Hari Krismas secara sederhana, dengan mematuhi garis panduan, amalan norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Perdana Menteri berkata, kemeriahan sambutan Hari Krismas tahun ini pasti berbeza dan peluang menziarahi ahli keluarga dan sahabat agak terhad kerana pandemik Covid-19.

Berikutan penularan wabak yang masih berleluasa, beliau menasihatkan supaya majlis rumah terbuka pada sambutan Hari Natal dibuat secara sederhana.

Walaupun kerajaan membenarkan orang ramai rentas negeri dan daerah sejak 7 Disember lalu, katanya, ia tidak bermakna mereka boleh melupakan amalan norma baharu seperti pengambilan suhu badan, menjaga penjarakan fizikal dan tidak bersalaman.

“Cukup sekadar tunduk dan letakkan tangan di dada sebagai tanda hormat. Amalkan juga norma baharu lain seperti kerap mencuci tangan atau gunakan hand sanitizer serta pakai pelitup muka dengan betul.

“Bagi tuan rumah yang menerima tetamu, bersihkan rumah anda dengan kerap. Jaga mak, ayah dan ahli keluarga kita yang telah berusia atau kurang sihat kerana mereka lebih berisiko untuk terdedah kepada jangkitan Covid-19.

“Bagi yang bergejala seperti demam atau selesema, duduklah di rumah. Biarlah kita ambil langkah yang lebih berhati-hati supaya kita dan orang di sekeliling kita selamat dari dijangkiti wabak Covid-19 ini,” katanya dalam perutusan sempena Hari Krismas 2020, hari ini.

Dalam perutusan itu, Perdana Menteri mengambil kesempatan mendoakan supaya petugas barisan hadapan, anggota keselamatan yang bertugas di perbatasan negara dan rakyat Malaysia di luar negara dapat menyambut Krismas dengan penuh kegembiraan.

Beliau berpandangan, Hari Krismas memberi peluang kepada rakyat Malaysia dalam negara majmuk, untuk bersama-sama meraikan dan menyambutnya dengan penuh adat dan tradisi bersama ahli keluarga serta sahabat handai dan seluruh lapisan masyarakat.

Muhyiddin turut mengajak rakyat Malaysia meraikan semangat sambutan Hari Krismas dengan menjadikan kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai satu kekuatan untuk membina negara.

“Jika dilihat dari sejarah lampau, kewujudan pelbagai kaum dan agama yang saling menghormati antara satu sama lain adalah sumber keutuhan dan kemajuan sesebuah tamadun.

“Ini dapat dilihat dalam sejarah keharmonian hubungan antara masyarakat Kristian dan Islam di Andalusia suatu ketika dulu.

“Keharmonian dan hubungan baik antara masyarakat pelbagai agama dan budaya pada ketika itu mendorong Andalusia mencipta kemajuan dalam pelbagai bidang,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here