Wan Kuzain ‘Top 10’ ejen bebas di MSL 2021

0
2

PEMAIN muda negara yang berkelana di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal disenaraikan dalam ‘Top 10’ ejen bebas bagi menghadapi saingan Major League Soccer (MLS) musim 2021.

Perkara ini dikongsikan oleh pengguna Twitter yang sentiasa membawa perkembangan pemain Malaysia di luar negara iaitu Harimau Abroad dimana laman web USL Championship menyenaraikan Kuzain sebagai pemain yang wajar diberikan kontrak oleh pasukan di saingan USL dan MLS.

“Tiga musim selepas menandatangani kontrak sebagai pemain Homegrown dengan Sporting Kansas City, Wan Kuzain tidak mecapai kejayaan seperti yang dilakukan oleh beberapa rakan sepasukannya dengan SKC II seperti Gianluca Busio, Jaylin Lindsey dan Felipe Hernandez dimana ketiga-tiga pemain mempunyai sekurang-kurangnya 750 minit bermain musim ini.

“Pemain berusia 22 tahun ini yang pernah dicalonkan untuk anugerah Pemain Muda Terbaik pada tahun 2018 mempunyai kadar hantaran sebanyak 89.2 peratus (2.446 dari 2.742) dalam 61 penampilannya di saingan USL,” kata laporan di USL Championship.

Sporting Kansas City FC memutuskan untuk tidak memberi Wan Kuzain kontrak lanjutan bagi menghadapi saingan musim 2021.

Selain Kuzain, seorang lagi pemain yang mempunyai darah Malaysia, Issacs Angking turut tidak mendapat kontrak lanjutan namun pemain itu akan beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) musim hadapan.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here