Tegur pendakwah, Kamal dan Uqasha bukan buat maksiat – Michael

0
2

PENGARAH Michael Ang hairan dengan sikap sesetengah pendakwah yang gemar mengulas perihal artis sehingga perkara yang dilihat positif boleh bertukar menjadi negatif.

Michael 44, berkata para pendakwah sewajarnya bersikap lebih adil terhadap artis, malah tidak berdiam diri tatkala kelakuan buruk dicetuskan oleh rakan pendakwah yang lain.

“Aku tidak faham Pencetus Ummah (PU) ini bila bab artis buat sesuatu benda cepat sahaja mereka mahu komen. Sebab apa? Cepatlah mereka popular.

“Aku tidak faham bila seangkatan mereka senyap sahaja. Pasal PU tunjuk bebird (burung) diam sahaja. Cerai isteri masa mengandung senyap sahaja.

“Dituduh merogol pun senyap sahaja. Tetapi bila pasal artis ada sahaja mereka hendak cakap. Tidak faham aku,” katanya menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya

Pengarah filem Sweet Dreams mengulas pandangan PU Rahmat yang menegur lamaran terbuka pelakon Kamal Adli terhadap Uqasha Senrose.

Pelakon drama ‘Perempuan Tanpa Dosa’ menerima lamaran Kamal ketika berada di pentas MeleTop pada Ahad.

PU Rahmat dalam satu kiriman di Facebook pada Isnin menegur lamaran Kamal yang disifatkan tidak selari dengan anjuran Islam.

Menurut Michael, tindakan Kamal itu patut dilihat dari sudut positif, malah pelakon itu sendiri telah meminta kebenaran daripada keluarga Uqasha untuk melakukan lamaran secara terbuka itu.

“Kamal bukan ajak buat maksiat, dia ajak Uqasha nak kahwin, nak bina masjid. Lagipun dia beritahu telah meminta kebenaran daripada keluarga Uqasha untuk buat lamaran itu.

“Aku tak paham dengan korang ni. Kalau hendak cepat popular buatlah sesuatu yang betul-betul baik seperti Ebit Lew, kau akan dihormati malah disanjung lagi,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here