JABATAN Penjara Malaysia memaklumkan sesi perjumpaan keluarga dan penghuni secara fizikal di seluruh institusi itu sempena Krismas dibatalkan.
Jabatan dalam kenyataan berkata, sesi perjumpaan berkenaan digantikan dengan aplikasi ‘Skype’ dan juga perkhidmatan telefon pra-bayar yang disediakan di seluruh institusi penjara.
Katanya, ini adalah langkah bagi mencegah penularan wabak Covid-19 ke dalam institusi penjara.
“Kerjasama orang ramai dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih dan sebarang kesulitan amatlah dikesali.
“Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada institusi penjara berkaitan,” katanya. -Malaysiapost

