Produk makanan berasaskan babi dari Korea dirampas

0
2

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Negeri Selangor berjaya merampas sebanyak 354.96 kilogram produk sedia dimakan berasaskan daging babi dari Korea bernilai RM9,403.29, Ahad lalu.

Pengarah Maqis Negeri Selangor, Dr Tarmisal Alimin, berkata produk tanpa permit import MAQIS yang sah tersebut dirampas di Pelabuhan Klang Utara, kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, kesemua barang dagangan itu dirampas untuk tindakan lanjut kerana tidak mempunyai permit import yang sah ketika kemasukan.

“Perbuatan mengimport apa juga jenis keluaran pertanian tanpa permit import yang sah daripada MAQIS adalah suatu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728],” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) Akta yang sama dan didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali kali. -Malaysiapost

Foto Kredit: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here