HAMPIR semua pemborong Pasar Besar Meru, pasar basah dan kering terbesar di Klang, telah menghentikan operasi selepas beberapa peniaga didapati positif Covid-19.
Penghentian operasi ini melibatkan 95 peratus atau 114 daripada 120 peniaga di bahagian borong yang terletak di blok C pasar berkenaan.
Tinjauan Malaysiapost mendapati, semua peniaga dan pengunjung yang pernah mengunjungi Pasar Besar Meru telah diarahkan hadir untuk menjalani ujian saringan Covid-19. -Malaysiapost
Petugas-petugas barisan hadapan sedang membuat ujian saringan Covid-19 ke atas dua orang yang pernah mengunjungi Pasar Besar Meru.Petugas-petugas barisan hadapan sedang membuat ujian saringan Covid-19 ke atas seorang wanita yang pernah mengunjungi Pasar Besar Meru.Petugas-petugas barisan hadapan sedang membuat ujian saringan Covid-19 ke atas seorang wanita.Seorang petugas barisan hadapan sedang mengawal orang ramai dan warga asing yang menunggu untuk menjalani ujian saringan Covid-19.Orang ramai sedang menunggu giliran untuk menjalani ujian saringan Covid-19.Seorang petugas barisan hadapan sedang mengawal warga asing yang menunggu untuk menjalani ujian saringan Covid-19.