Larry Sng letak jawatan pengerusi PKR Sarawak

0
2

Ahli Parlimen Julau, Larry Sng meletak jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, PKR Sarawak, tidak sampai setahun selepas dilantik.

Pelantikan Larry yang juga Ketua PKR Cabang Julau, diumumkan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 13 Mac lalu.

Berhubung peletakan jawatannya, Larry berkata PKR Sarawak sepatutnya diketuai oleh pemimpin Dayak untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12.

“Ya, saya akan letak jawatan pengerusi PKR,” katanya seperti dilaporkan FMT. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here