‘Ustaz budak’ didakwa cabul lelaki

0
2
grafik

USTAZ yang juga pengurus madrasah didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu kerana melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki di hotel, Rabu lalu.

Syamsul Zaman Sukri, 32, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shahril Ramli dan tertuduh diwakili peguam, Siti Atikah Abdul Halim, lapor Harian Metro.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang dikenali sebagai ‘ustaz budak’ didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap lelaki berusia 30 tahun pada jam 1.15 pagi, 16 Disember di bilik hotel.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Atikah kemudian memohon jaminan minimum kerana tertuduh seorang pengusaha madrasah di Machang yang perlu menguruskan 150 pelajar.

“Pendapatan tertuduh hanya RM2,500-RM3,00 selain perlu menanggung ibu yang kurang upaya (OKU) dan enam adik termasuk yang masih bersekolah,” katanya.

Mahkamah menawarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin yang kemudian dibayar ahli keluarga tertuduh sebelum mahkamah menetapkan 21 Januari bagi sebutan semua kes untuk serahan dokumen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here