Amanah setia bawah pimpinan Anwar – Mujahid

0
2

PARTI Amanah Negara (Amanah) setia berada di bawah kepimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mempertahankan Pakatan Harapan (PH), kata Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Beliau berkata, sekarang bukanlah masa untuk saling memberi tekanan, sebaliknya perlu berganding bahu dan membantu Anwar meneruskan perjuangan gabungan pembangkang itu.

“Masa ini bukan untuk memberi tekanan, masa ini adalah untuk menyokong, membantu berganding bahu sehingga keputusan bersama sampai di penghujungnya.

“Saya yakin kita bersama kepimpinan Anwar Ibrahim di dalam keluarga besar ini bukan kerana namanya Anwar Ibrahim, tetapi kita bersama kerana agenda besar yang beliau pertahankan, dipenjara kerananya dan menderita kerana beriltizam dengannya,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Beliau berkata, parti itu selesa dan yakin bahawa dasar prinsip “Rahmatan Lil Alamin” (RLA) adalah seiring dengan agenda reformasi yang diinstitusikan oleh Anwar, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Ahli setiap parti harus jelas perjalanan ini dan tak perlu tergesa-gesa menekan kepimpinan parti masing-masing dengan meletakkan tarikh dan usaha tertentu sebagai tanda kegagalan,” katanya.

Beliau berkata, ketika PH berada di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ramai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal memahami agenda besar itu sehingga membawa kepada pembelotan.

“Pembelotan mereka adalah terhadap agenda besar dan erti kesetiaan. Mereka memilih untuk khianat, bukan kita menghalau mereka,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here