Boleh mohon i-Sinar KWSP mulai esok

0
5

PENCARUM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Kategori 1 yang layak, boleh memohon pengeluaran kemudahan i-Sinar mulai esok.

Pada 2 Disember lalu, KWSP menerusi kenyataan memaklumkan ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.

Pemohon bagi Kategori 1 terdiri daripada mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

  1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan
    berturut-turut semasa permohonan; ATAU
  2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.

Bagi kategori ini:

  • Tiada dokumen sokongan diperlukan;
  • Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
  • Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020
  • Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021

Kategori 2 pula adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020.

Kumpulan kedua itu boleh memohon mulai 11 Januari 2021 secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my.

Menurut kenyataan KWSP pada 2 Disember, untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklum kepada ahli dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas permohonan.

“Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan jumlah kelayakan i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

a. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

b. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here