Covid-19: Penduduk Seberang Jaya diminta berwaspada

0
2

[Covid-19] Masyarakat di Pulau Pinang khususnya di Seberang Jaya dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mengamalkan langkah pencegahan susulan penularan semula kes Covid-19 di negeri itu.

Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Fahmi Zainol, berkata gelombang kedua mungkin bakal melanda negara susulan situasi terkini di negeri itu.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Fahmi berkongsi gambar pasukan petugas barisan hadapan sedang melakukan proses sanitasi dan nyah cemar di kawasan perumahan.

“Gambar yang dipaparkan disyaki diambil di Flat Tuna A5 Seberang Jaya. Mohon masyarakat sekitar tidak panik, nasihat saya sebaiknya jangan berkunjung di kawasan ini.

“Sebarang maklumat rasmi adalah datang dari Pejabat Kesihatan. Saya menyeru seluruh masyarakat di Seberang Jaya agar sentiasa berwaspada.

“engamalkan langkah pencegahan yang rapi dan sentiasa memakai topeng muka apabila hendak keluar dari rumah, serta kerap membasuh tangan,” katanya.

Beliau berkata, di peringkat MBSP, pihaknya akan cuba memastikan SOP dan kawalan lebih ketat selepas ini di kawasan sekitarnya, serta proses sanitasi besar-besaran.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan terdapat tiga kes penularan Covid-19 di Pulau Pinang iaitu dua kes daripada Kluster PUI Sivagangga dan satu kes daripada Kluster Kurau.


Kredit Foto: Facebook Fahmi Zainol