LANGSUNG: Tun Rahah kembali ke Rahmatullah

0
3

Nurul Huda Abhar

TUN Rahah Mohamed Noah, isteri Perdana Menteri kedua negara, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang meninggal dunia pada usia 87 tahun semalam, akan dikebumikan menerusi Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan Masjid Negara.

Pagi ini, jenazah Allahyarhamah Tun Rahah ditempatkan di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi untuk memberi peluang kepada ahli keluarga, sanak saudara, pemimpin dan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Ikuti laporan secara langsung dibawakan oleh Malaysiapost.

3.30 petang

Jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohd Noah selamat dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

2.45 petang

Jenazah Allahyarhamah Tun Rahah dibawa ke Makan Pahlawan untuk dikebumikan

Jenazah Allahyarhamah Tun Rahah dibawa penuh Istiadat

2.30 petang

Solat jenazah sedang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Negara.

Solat jenazah di Masjid Negara

2.15 petang

Van membawa jenazah Allahyarham Tun Rahah tiba di Masjid Negara. Jenazah akan disembahyangkan di Dewan Solat Utama.

Van membawa jenazah Alllahyarhamah Tun Rahah

1.59 tengah hari

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba untuk menghadiri pengebumian Allahyarhamah Tun Rahah di Makam Pahlawan Masjid Negara.

Kenderaan membawa Raja Permaisuri Agong

1.50 tengah hari

Kenderaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin masuk ke kawasan Masjid Negara.

1.45 tengah hari

Solat jenazah telah dimulakan di Masjid Ar-Rahah

Solat jenazah di Masjid Ar-Rahah

1.24 tengah hari

Orang ramai telah menunggu di luar Masjid Negara. Kawalan ketat oleh PDRM, ATM.

Jenazah Tun Rahah masih belum tiba daripada Masjid Ar-Rahah.

12.36 tengah hari
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendaftar masuk di pintu perkarangan masjid untuk memberi penghormatan terakhir.

12.32 tengah hari

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg serta isteri, Datin Patinggi Dayang Juma’ani Tuanku Bujang hadir memberi penghormatan terakhir.

Kenderaan rasmi beliau diiringi pasukan pengiring motosikal berkuasa tinggi.

Kenderaan membawa Ketua Menteri Sarawak

12.10 tengah hari
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail keluar daripada pekarangan masjid menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam.

Beliau memberikan makanan ringan buat kumpulan media yang menunggu di luar Masjid Ar Rahah.

11.53 pagi

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim tiba di pekarangan Masjid Ar-Rahah bagi memberi penghormatan kepada Allahyarhamah Tun Rahah

11.48 pagi

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam menzahirkan ucapan takziah buat Datuk Seri Najib Razak atas kehilangan bonda tersayang.

Lokman yang keluar daripada masjid sekitar jam 11.41 pagi memberitahu Najib mungkin mengambil sedikit masa untuk pulih daripada kesedihan tersebut.

Ini kerana, katanya, ahli keluarga Najib sememangnya rapat dan sering mengadakan perjumpaan.

“Oleh itu, saya berharap Datuk Seri Najib tabah dan cekal menghadapi kehilangan tersebut,” katanya.

Datuk Lokman Noor Adam

11.24 pagi

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman tiba di masjid untuk beri penghormatan terakhir pada Allahyarhamah Tun Rahah.

10.54 pagi

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dr Dominic Lau keluar daripada pekarangan masjid.

Beliau menzahirkan perasaan sedih dan menyatakan ini bukan sahaja kehilangan untuk ahli keluarga Datuk Seri Najib Razak, malah dirasai seluruh negara.

10.42 pagi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat pulang meninggalkan pekarangan masjid

10.40 pagi
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris berangkat pulang meninggalkan pekarangan masjid setelah selesai menziarah jenazah Allahyarhamah Tun Rahah

10.28 pagi

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin keluar daripada pekarangan Masjid Ar-Rahah

10.02 pagi

Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan Adun Ketari, Young Shefura Othman keluar dari pekarangan masjid.

“Kita sebagai rakyat Malaysia, khususnya wanita telah kehilangan seorang wanita yang cekal dan kuat. Allahyarham membesarkan anak-anak dengan usia begitu muda selepas kehilangan suami.

“Takziah saya ucapkan untuk Datuk Seri Najib Razak dan seluruh keluarga,” ucap Young Shefura.

Dari kiri, Yeo Bee Yin, Young Shefura dan Teresa Kok

9.51 pagi
Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba dengan menaiki kenderaan rasmi

9.50 pagi
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tiba di pintu masjid bersama pasukan pengiring

9.36 pagi
Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin bersama anaknya tiba di pekarangan masjid

9.26 pagi
Orang ramai dibenarkan masuk menziarah secara berperingkat sehingga 12.30 tengah hari.

Sebahagian orang ramai menunggu di luar masjid sejak jam 8 pagi

9.17 pagi

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama pasukan pengiring dilihat memasuki pekarangan masjid

9.07 pagi
Kenderaan kenamaan dilihat memasuki pekarangan masjid.

Sehingga kini media masih tidak dibenarkan untuk memasuki pekarangan masjid sebagai langkah pematuhan SOP.

Petugas media masih tidak dibenar masuk ke kawasan masjid

9.03 pagi
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat memasuki pekarangan masjid menaiki kenderaan berwarna putih bersama pasukan pengiring.

9 pagi
Kawalan ketat pasukan keselamatan PDRM, ATM di depan pintu masuk Masjid Ar-Rahah, Pantai Dalam

Kumpulan media telah menunggu di depan pintu masuk masjid

Suasana di luar Masjid Ar-Rahah

7.50 pagi

Jenazah Allahyarhammah Tun Rahah tiba di Masjid Ar-Rahah untuk dimandikan dan dikafankan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here