Ebit Lew mohon doa kesejahteraan ibu Najib

0
2

BERITA mengenai Tun Rahah Mohamed Noah yang sedang mendapatkan rawatan di hospital turut menyentuh perasaan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Ebit berkesempatan meluangkan masa menziarah isteri kepada Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau turut memaparkan gambarnya bersama anak sulung Tun Rahah yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Pohon doakan buat Tun Hajah Rahah ibunda tercinta Datuk Seri Najib Razak. Sebak tadi ziarah di hospital tengok air mata seorang anak.

“Ujian paling berat bagi seorang anak saat melihat ibu yang kita cintai sakit. Pasti ujian kerana kasih sayangNya. Allah sayang.

“Ya Allah berilah kesembuhan buat Tun Rahah dan Allah beri kekuatan buat seisi keluarga,” katanya.

Semalam, Najib Razak memuat naik hantaran Facebook berkongsi perkhabaran duka mengenai bondanya, Tun Rahah, 87, yang berada dalam keadaan kurang sihat.

Ramai tokoh-tokoh pemimpin yang hadir menziarah termasuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli.

Turut menziarah ialah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here