MP kerajaan mahu Prabakaran dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan

0
2

AHLI Parlimen kerajaan mahu P Prabakaran (PH-Batu) yang dikatakan melanggar perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) kerana hadir ke Parlimen, Khamis lalu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat.

Perkara itu dicadangkan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) dan disokong Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang).

Shahidan berkata, Prabakaran perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana tindakannya membahayakan Ahli Parlimen lain.

“Soal Batu (Ahli Parlimen) ini serius kerana membabitkan isu keselamatan ahli Dewan Rakyat,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata perkara itu akan diteli.

Terdahulu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN-Putrajaya) meminta penjelasan berhubung tindakan Prabakaran hadir walaupun dikenakan tindakan HSO.

Menjawab soalan itu, Azhar berkata, beliau dan Setiausaha Dewan Rakyat tidak menyedari perkara itu ketika ia berlaku.

“Saya tidak sedar tetapi selepas disemak, Yang Berhormat Batu hadir dan terbabit dalam pengundian pada Khamis lalu.

“Kuasa menghukum mereka yang melanggar perintah HSO itu di bawah kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here