Kakitangan positif Covid-19: Rapid Rail jamin perkhidmatan selamat digunakan

0
2

RAPID Rail Sdn Bhd hari ini memberi jaminan perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya dan rangkaian-rangkaian rel lain kendalian syarikat itu adalah selamat meskipun dua kakitangan operasi laluan Kelana Jaya didapati positif Covid-19.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu memaklumkan, tren-tren berkenaan telah ditetapkan untuk menjalani kerja-kerja pembasmian kuman dan pembersihan setiap hari semasa waktu puncak dan selepas operasi.

“Dua staf operasi LRT laluan Kelana Jaya yang bertugas sebagai pegawai stesen, disahkan positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

“Insiden ini adalah di kawasan yang tertutup. Berdasarkan siasatan kami, kedua-dua staf tiada kontak rapat dengan penumpang. Mereka bertugas buat kali terakhir pada 12 dan 13 Disember lepas,” menurut kenyataan itu.

Syarikat itu turut memaklumkan pihak pengurusan Rapid Rail, selaku operator LRT laluan Kelana Jaya, telah melaksanakan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan tempat kerja staf berkenaan malam tadi.

“Kerja disinfeksi berpandukan garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here