FELO Institusi Jurutera dan Chartered Insitution of Highway and Transportation (CIHT), Datuk Ir B Nitchiananthan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Maju Ekspressway yang baharu.
Maju Ekspressway menerusi kenyataan memaklumkan, Nitchiananthan dilantik berkuatkuasa 7 Disember lalu.
“Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam industri kejuruteraan dan memiliki pengalaman luas dalam kerja reka bentuk dan pelaksanaan lebuh raya utama di negara ini.
“Beliau juga ahli Persatuan Kejuruteraan Jalan Raya Malaysia,” kata kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Komunikasi Korporat itu. -Malaysiapost

