Salah laku: 9 anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur diberkas

0
2

SERAMAI sembilan anggota polis yang bertugas di Kontinjen Kuala Lumpur diberkas atas pelbagai salah laku, menerusi beberapa siri serbuan di ibu negara, antara 25 November hingga 8 Disember lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata pihaknya menangkap semua anggota berusia antara 29 hingga 58 tahun itu selepas menerima laporan mengenai kesalahan jenayah berkenaan.

“Antara salah laku dilakukan ialah pemerasan, ugutan jenayah dan terbabit dalam sindiket dadah.

“Selain itu, seorang daripada mereka didapati tidak hadir tugas selama 24 hari berturut-turut dan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 86 Akta Polis 1967,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Mengulas lanjut, Saiful Azly berkata, semua suspek sudah didakwa di mahkamah baru-baru ini.

“Kita minta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 2115 9999,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here