2 Adun PAS antara 5 Exco baharu Perak

0
2

DUA Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS antara lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dalam pentadbiran sebelum ini, dikekalkan dalam barisan kepemimpinan kerajaan Perak yang baharu.

Mereka ialah Adun Gunung Semanggol, Razman Zakaria dan Adun Selama, Mohd Akmal Kamaruddin.

Turut kekal sebagai exco ialah Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah) dan Datuk Abdul Yunus Jamahri (Kuala Kurau) dari Bersatu selain Ahmad Saidi Mohamad Daud (Changkat Jering) dari Umno.

Majlis mengangkat sumpah jawatan dilakukan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, Ipoh, hari ini.

Selain Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad, istiadat turut dihadiri Hakim Utama Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Hisham Hashim dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Pada 10 Disember lalu, empat Adun daripada Umno mengangkat sumpah dalam istiadat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar iaitu Datuk Mohd Zolkafly Harun (Lintang), Datuk Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Datuk Dr. Wan Norashikin (Kampong Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota).

Seorang lagi Exco kerajaan negeri yang dilantik ialah Adun Sungai Manik dari Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang merupakan muka baharu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here