Google mohon maaf

0
3

RANGKAIAN perkhidmatan Google didapati mengalami gangguan mengakibatkan jutaan pengguna di seluruh dunia tidak dapat mengakses beberapa aplikasi termasuk Gmail dan YouTube semalam.

AFP melaporkan jurucakap Google berkata gangguan yang terjadi sekitar jam 12 tengah hari itu berlaku kira-kira 45 minit.

“Kami memohon maaf kepada semua pengguna yang terjejas dan akan melakukan siasatan menyeluruh bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang,” katanya selepas perkhidmatan tersebut dipulihkan.

Laman pengesan sambungan Internet, Downdetector berkata, pengguna seluruh dunia didapati melaporkan mengenai gangguan tersebut sejurus masalah berkenaan terjadi.

Selain itu, masalah yang berlaku di tengah-tengah waktu bekerja Eropah itu menyebabkan keresahan pengguna sekali gus menjadikan media sosial sebagai tempat meluahkan kemarahan mereka.

Penggunaan tanda pagar #googledown dan #YouTubeDOWN menjadi trending apabila jutaan pengguna Internet seluruh dunia tidak dapat mengakses enjin carian tersebut.

Pelbagai hantaran dimuat naik ke laman sosial termasuk mengkritik tindakan Google yang lewat menjawab pertanyaan mengenai masalah tersebut kerana mendakwa kakitangan syarikat itu turut tidak dapat mengakses emel mereka.

“Apabila semua sistem integrasi pengurusan inventori dan Google Drive tiba-tiba hilang ketika sesi bekerja pagi ini dan seseorang telah hilang beberapa tahun kehidupannya,” ciap seorang pengguna di laman Twitter.

“Apabila anda tidak dapat Google apa yang terjadi dengan Google,” ciap seorang lagi pengguna. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here