Ka Siong kecam pembangkang suka buang masa

0
2
MCA deputy president Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

[PARLIMEN] NAMPAKNYA pembangkang hanya buang masa dan tidak serius di dalam Dewan Rakyat, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Menerusi satu hantaran Facebook, Ahli Parlimen Ayer Hitam itu mengecam tindakan Ahli Parlimen pembangkang memulaukan proses undi belah bahagi, meskipun mereka yang meminta ia diadakan di Dewan Rakyat, hari ini.

“Buat kali kesembilan blok pembangkang memohon undi belah bahagi, kali ini giliran Belanjawan 2021 Kementerian Wilayah Persekutuan untuk diluluskan pada peringkat jawatankuasa.

“Pelik, pelik & pelik!

“Pembangkang yang mengusulkan undian belah bahagi dan bila tiba masanya untuk mengundi, Ahli Parlimen pembangkang pula membantah kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai kaedah pengundian hari ini,” katanya.

Menurut Ka Siong, kekecohan berlaku apabila Ahli Parlimen pembangkang membantah susulan tiga Ahli Parlimen yang menjalani perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dibenarkan hadir ke persidangan Dewan Rakyat.

“Speaker Dewan Rakyat telahpun mengatakan bahawa, sebelum ini ada MP yang datang ke Dewan Rakyat dan melanggar SOP.

“Jadi disebabkan ada undi belah bahagian maka sebab itu mereka dibenarkan mengundi atas prinsip demokrasi,” kata Presiden MCA itu.

Terdapat tiga Ahli Parlimen, iaitu dua menteri dan seorang dari blok pembangkang yang menjalani HSO, dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE).

Bagi proses pengundian, mereka dibenarkan masuk melalui pintu Galeri Awam Dewan Rakyat.

Menurut Ka Siong, antara Ahli Parlimen pembangkang yang keluar dewan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Nurul Izzah tidak pula mengikuti jejak ibu bapanya. Ternyata keadaan kelam kabut sedikit.

“Selain YB Nurul, YB DS Mukhriz, YB Syed Saddiq, YB Hannah Yeoh, YB Wong Shu Qi dan YB Christina Liew, juga antara MP pembangkang yang kekal berada di dalam Dewan ketika undian belah bahagian dijalankan,” katanya. – Malaysiapost

Selepas undi dikira, Belanjawan 2021 bagi Kementerian Wilayah Persekutuan itu lulus dengan memperolehi 110 undi dengan perbezaan tujuh undi yang tidak menyokong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here