Tular perkhidmatan feri Pulau Pinang berakhir 31 Disember tidak tepat

0
3

TIDAK tepat, itu jawapan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) mengenai maklumat tular mendakwa perkhidmatan feri Pulau Pinang akan ditamatkan operasi hujung tahun ini.

Maklumat tanpa pengesahan itu turut diulang siar beberapa pengguna Facebook yang menyebut Terminal Raja Tun Uda akan ditutup bermula 1 Januari depan hingga 30 Jun 2022 dan dipindahkan ke Swettenham Peer.

Kenyataan itu menyebut, perkhidmatan feri hanya untuk pejalan kaki dan basikal dalam tempoh berkenaan sebelum terminal itu dibuka semula pada 1 Julai 2022 hanya untuk pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal.

Menurut dakwaan tanpa sumber itu, 31 Disember ini dikatakan hari terakhir perkhidmatan ikonik tersebut beroperasi.

Memetik Kosmo, sumber Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) ketika dihubungi berkata, berita tular itu tidak tepat.

Beliau yang enggan mengulas lanjut berkata, isu berkenaan akan dijelaskan pada sidang akhbar yang dijangka dibuat pihaknya esok.

Sebelum ini terdapat desas desus mengenai dakwaan penggantian feri Pulau Pinang dengan feri baharu jenis katamaran atau teksi air. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here