Presiden PAS diperkenan menghadap Sultan Perak esok

0
2
KUALA TERENGGANU 26 JANUARI 2019. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang semasa sidang media selepas menyampaikan Ucaputama dan Perasmian Program Simposium Seni & Hiburan Menurut Islam anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) di Dewan Teater, PPAT, Padang Hiliran. NSTP/IMRAN MAKHZAN

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima menghadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, esok.

Menurut kenyataan pejabat Istana Perak hari ini, majlis menghadap itu akan berlangsung pada jam 11 pagi di Istana Kinta, Ipoh.

Semalam, Abdul Hadi dalam satu sidang media memaklumkan permohonannya untuk menghadap Sultan Nazrin telah mendapat perkenan baginda.

Namun, Abdul Hadi enggan mendedahkan tarikh beliau ke istana bagi menghadap Sultan Nazrin.

“Tiba masa kita akan menghadap,” jelasnya lagi.

Menurut beliau, tujuan memohon menghadap Tuanku adalah bagi menyembah maklum suasana politik yang melibatkan PAS.

Ini berikutan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu tidak menghadap Sultan Perak selepas menerima arahan daripada PAS Pusat.

Ekoran situasi itu, PAS Perak yang diwakili Razman Zakaria menzahirkan pemohonan ampun atas kekhilafan tiga Adun parti itu pada 8 Disember lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here